Monday 1 June 2020

as online seller....

Assalamualaikum...
.
Hye semua. masih lagi dalam mood raya ke? Raya sebulan tapi jangan lupa ikut SOP yang KKM tetapkan.
.
okey hari ni Kak Sue nak story sikit kerja sampingan yang Kak Sue buat since 8 tahun tinggal dunia blog ni. Tinggalkan menulis di blog tak semestinya socmed lain Kak Sue tak layan. 
.
Tetap aktif kat FB & IG. Kat situ la Kak Sue terjebak dengan bisnes online ni. Dari zaman tak kerja anak sorang sampai la zaman dah kerja anak 3 ni macam-macam yang Kak Sue buat. dari dropship sampai la agent, cuma belum berani ambil risiko up jadi stokis.
.
kalo tengok dari ayat Kak Sue yang kata macam-macam yang bisnes Kak Sue buat tu bukan la sebab tak fokus tapi masalah yang datang tu bukan disebakan diri kita. Contoh, stokis lari ! so, kita yang anak ikan bilis bawah die tu terpaksa la usaha cari stokis sendiri, tapi yang baru tetap tak sama dengan yang lama. Ada tu mentang2 la kita ni anak dari mak lain dipinggirkan aje... :( tu pon boleh jadi salah 1 sebab kita down. 
.
Kak Sue bukanlah menyalahkan orang lain, tapi since die dah ada tanggungjawab yang menjadi perantara rezeki orang lain, patut die teruskan walaupun ada masalah. benda boleh bincang...gittteeww...
.
setakat ni belum lagi Kak Sue kena tipu dengan stokis atau pemborong. Alhamdulillah...
mungkin Kak Sue agak berhati-hati pilih orang and mungkin sebab Kak Sue pilih produk yang betul-betul berkualiti. Dari segi produk dan siapa founder die. Yang paling penting mesti ada KKM approval if barang tu adalah barangan kesihatan dan kecantikan.
.
kebanyakkan barang yang Kak Sue jual tu, Kak Sue dah try sendiri. If berkesan dan datangkan benefit untuk diri Kak Sue, Kak Sue akan share kat medsoc. Biar kita sama-sama dapat kebaikkan tu. mostly produk-produk tu kena sign up member, so dapat la beli dengan member price kan. Dari situ la kita bole dapat side income. Kita beli dengan harga member jual dengan harga retail yang HQ dah tetapkan.
.
Bila sebut pasal isu harga, please sangat-sangat pada online seller...
kalau kita nak cari keberkatan dalam berniaga, JANGAN sesekali main harga. Kalau HQ dah tetapkan harga tolong ikut harga yang telah ditetapkan. Kesian tau pada seller lain. Walaupon lain-lain seller tapi sebenarnya kita kerja sebagai 1 team. 
.
okey la...
Hari ni Kak Sue cuti kerja hakiki tapi tu la...kerja kat rumah dan as online seller banyak yang nak kena buat. Next entry Kak Sue story sikit pada 1 produk ni yang bagus untuk kita sebagai supermom yang kerja urus rumah, urus suami, dan ofkoz urus anak-anak....rajin2 follow blog Kak Sue
.
bye, love
kak sue 😘  

No comments:

Post a Comment

PERNAH TAK CHECK KANDUNGAN SHAMPOO YANG KORANG GUNA?

 Hi korang... nak tanya, korang kan kalau beli shampoo pernah tak check dulu kandungan shampoo yang korang nak beli tu?  atau pernah tak ter...